Friday 22 August 2014

*Chapter* 20 : Kisah Shahrul (Bonus)

*~*~*

Hi, namaku Shahrul. Aku seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Makmur, di kelas 5 Perdagangan 1. Mungkin kau orang semua sudah mengenali aku melalui Kisah Alia. Kali ini, aku akan menyambung sedikit tentang perkara yang terjadi selepas mengambil keputusan SPM.

Aku dan Alia kedua-duanya diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara. Akan tetapi, kami berdua berbeza jurusan. Alia mengambil jurusan Seni Kulinari manakala aku pula mengambil jurusan Perhotelan & Perlancongan. Dalam masa yang sama, kami masih berhubung antara satu sama lain. Kehidupan yang berbeza dengan alam persekolahan menyebabkan kami sukar untuk berjumpa.

Suatu hari, aku sekeluarga dijemput oleh Puan Maimun ke rumahnya untuk meraikan Danial yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam perperiksaan PT3. Aku duduk di meja kopi di luar rumahnya sambil memerhatikan alam sekeliling.

"Assalamualaikum," kedengaran satu salam diberikan.

"Waalaikummussalam, pakcik." balasku kepada Encik Mohd. Salleh dalam nada yang sedikit terperanjat.

"Bagaimana dengan kehidupan kamu sekarang, Shahrul?"

"Alhamdulillah, saya sekarang menuntut di Universiti Teknologi Mara, sama seperti Alia," balasku memberikan jawapan.

"Congratulations," katanya sepatah.

"Your parents tentu bangga dengan kamu. Anyway, uncle nak bertanya sedikit. Bagaimana kamu mula-mula kenal dengan Alia?" sambungnya lagi disusuli dengan sebuah soalan.

"Pada awal persekolahan di tingkatan 5 dahulu, saya sedang berjalan di koridor sekolah sebelum terlanggar dia secara tidak sengaja. Saya tidak tahu pula dia anak perempuan kepada uncle. Sejak hari itu, kami mula mengenali antara satu sama lain." jawabku dengan teliti.

"And how is your relationship with her now?".
Aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu bahawa berpasangan atau lebih dikenali sebagai 'couple' ini boleh menjerumus kepada berlakunya zina. Oleh itu, aku tidak berani menyatakan pendapatku kepada Encik Mohd. Salleh.

"Listen here, Shahrul. Jikalau kamu benar-benar sayang dengan Alia, promise untuk jaga hati dia dengan baik. Uncle tidak mahu dia bersedih hati di kemudian hari kelak. So if you really mean what you say, prove it." jelas Encik Mohd. Salleh kepadaku. Aku menganggap itu sebagai satu cabaran untukku memenangi hati seorang gadis, dengan cara yang lebih baik di sisi masyarakat dan agama.

*~*~*

TIGA BULAN KEMUDIAN,

"Alhamdulillah, dengan berkat dan izin-Nya maka sahlah mereka berdua sebagai sepasang tunang,"

Akhirnya ayat keramat itu telahpun dilafazkan menandakan permulaan ikatan suci antara dua insan. Ibu dan ayah bersalam-salaman dengan Puan Maimun dan Encik Rahman hingga ada diantara mereka yang menitiskan air mata.

Sesungguhnya cinta merupakan perkara yang indah jika cinta itu dibiarkan tanpa dicari. Lama kelamaan, cinta itu akan muncul secara sendirinya. Cinta juga hanya akan muncul jika hati benar-benar dapat merasakan kemanisannya. Akan tetapi, janganlah juga kita alpa dengan cinta dunia dan mengabaikan cinta yang Maha Kuasa. 

Aku dan Alia kini menjadi sepasang tunangan di realiti kehidupan, menanti waktu yang sesuai untuk ke tingkat seterusnya, dimana sebuah mahligai kehidupan bukti cinta yang hakiki terbina.

"Terima kasih, awak." Ucap Alia kepadaku.

*~*~*