Thursday 14 August 2014

*Chapter* 18 : SPM

*~*~*

Pada tarikh hari ini, perperiksaan terpenting yang menghantui segenap minda berjuta-juta pelajar tingkatan 5 di Malaysia, akhirnya tiba jua. Masa depan setiap pelajar yang mengambil perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ini akan ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Setelah sekian lama menimba ilmu, maka inilah masanya yang harus dicurahkan segala ilmu yang telah diperolehi sejak kecil. SPM kini membuka tirainya.

Segala alatan tulis dan kelengkapan yang harusku bawa bersama untuk masuk ke dewan perperiksaan telahpun aku siapkan. Tak lupa juga buku-buku yang dapat membantuku membuat persiapan pada saat akhir. Dengan sisa masa yang ada, aku mengambil peluang untuk menghantar mesej mengucapkan Shahrul supaya melakukan yang terbaik. Aku kemudiannya menyarung tudung sekolah sebelum turun untuk bersarapan dengan keluargaku.

"Alia, nanti buat elok-elok ya. Mama nak sangat anak perempuan tunggal mama ini cemerlang macam abang-abangnya." ucap mama padaku seraya mengucup dahiku. Aku bersalaman dengannya sebelum bertolak ke sekolah.

"Baca dengan teliti soalan-soalannya. Jawab dengan tepat. Insyaallah anak papa boleh," kata papa pula ketika sampai di pintu pagar sekolah. Aku bersalaman dengannya lalu keluar menapak tangga sekolah itu.
Sebelum perperiksaan bermula, aku sempat membuat beberapa soalan latih tubi bersama Mei Ling dan Sunita.

"Alia, buat yang terbaik ya," kata Sunita kepadaku, begitu juga Mei Ling.

"Baiklah semua calon yang mengambil bahagian, sila berkumpul di dewan terbuka!" Laung seseorang melalui pembesar suara. Kami bertiga kemudiannya bangun menuju ke dewan, berbaris mengikut angka giliran. Kemudian, kami dibenarkan masuk ke dalam dewan perperiksaan mengikut barisan. Sesampainya aku ke tempatku, kulihat sekeping kertas berwarna putih yang mempunyai data tentangku telah ditampal di penjuru meja. Aku duduk lalu meletakkan alat tulis, kad pengenalan dan kertas data. Setelah kertas diedarkan, aku kini hanya menunggu isyarat daripada pengawas perperiksaan.
Selang beberapa minit, perperiksaan pun bermula. Aku menyelak helaian demi helaian secara terperinci. Dengan bacaan 'Bismillah', aku memulakan menjawab soalan.

*~*~*

Selepas selesai sahaja menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 itu, aku turun ke kafeteria berdekatan untuk makan tengahari bersama Mei Ling dan Sunita. Aku tidak pulang ke rumah kerana aku akan menduduki perperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 pula. Aku cuma bercadang untuk melakukan ulangkaji saat akhir bersama mereka di sekolah sahaja.

"Alia, saya nak cakap dengan awak sikit boleh?" tegur seseorang ketika aku dalam perjalanan untuk ke kafeteria tersebut.

"Ada apa, Suraya?" tanyaku ringkas.

"Pertama sekali, saya ingin meminta maaf pada awak sebab saya sudah banyak memalukan awak, mengherdik awak dan lain-lain lagi. Saya juga ingin meminta maaf diatas tingkah laku saya yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati privacy orang lain. Saya benar-benar minta maaf," katanya lalu tertunduk. Aku terkedu mendengarnya berkata sedemikian kerana tidak menyangka dia akan berubah secara drastik sebegini.

"Its okay Suraya," kataku kepadanya.

"Anggaplah segala apa yang telah berlaku sebelum ini sekadar ilusi semata-mata. Saya sudi maafkan awak sekiranya awak benar-benar maksudkannya. Lagipun, dalam Islam tidak baik untuk kekal bermusuhan dan tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari. Lupakan sahajalah kisah lampau dan kita mulakan persahabatan yang baru," sambungku kepadanya. Lantas dia memelukku dengan erat dan mula menitikkan air mata.

"Saya rasa teruk sangat sebab pernah menghina awak yang tidak pernah melakukan apa-apa kejahatan kepada saya," katanya dalam keadaan tersedu-sedan.

"Its okay Suraya, its okay," kataku cuba memujuknya. Aku kemudian mempelawa Suraya untuk ke kafeteria bersama-sama dengan Sunita dan Mei Ling. Maka dengan itu, hubungan aku dengan Suraya bukanlah lagi seorang musuh. Namun, aku dan dia kini adalah ibarat seorang sahabat yang baru bertemu.

Selepas selesai makan tengahari, kami berempat naik semula ke sekolah untuk mengulangkaji bersama-sama sebagai persiapan untuk menghadapi perperiksaan yang seterusnya.

*~*~*

"Awak rasa, Suraya itu sudah betul-betul berubah atau ianya satu penipuan?" tanya Sunita ketika berjalan pulang melalui jalan pintas yang pernah dilalui sebelum ini.

"Saya tak kisahlah semua itu, yang penting, pada saya dia sudah mula menunjukkan perubahan." Jelasku kepadanya.

"Wah, awak memang seorang yang baik hati walaupun orang itu sudah melakukan kesalahan terhadap awak." Sampuk Mei Ling pula.

"Tak kiralah sebesar mana atau sekecil mana pun kesalahan seseorang itu, mereka berhak mendapat kemaafan sekiranya mereka sudah berhenti melakukan perkara jahat itu," jelasku lagi. Mereka berdua hanya mengangguk tanda faham.

"Alia, kalau saya tanya sikit boleh?" tanya Sunita.

"Awak masih menyukai Shahrul kah?" Mengapalah soalan sebegini rupa yang diajukan oleh Sunita.

"Mengapa awak mahu tahu?" tanyaku kepadanya pula.

"Tidaklah, semenjak ketiadaannya di sekolah, awak semakin jarang bercerita tentangnya. Tambahan pula, awak kelihatan seperti senang jika dia tiada di sekolah," Aku terkejut mendengar perkara tersebut, terpacul daripada mulut sahabatku sendiri. Aku tidak sedar bahawa perlakuanku itu sebenarnya diperhatikan. Lantas aku berbicara,

"Sebenarnya, saya bukan tidak mahu bercerita tentangnya. Perperiksaan sedang berlangsung sekarang, jadi saya cuba untuk tidak memikirkan tentang dia buat masa sekarang untuk lebih fokus terhadap pelajaran," balasku secara terperinci.

"Untuk pengetahuan awak berdua, saya sebenarnya sudah mula rindu terhadapnya sejak beberapa hari lepas. Mungkin sebab sudah lama tidak berjumpa," kataku kemudian menutup muka akibat terlalu malu. Mei Ling dan Sunita hanya ketawa mendengar ceritaku.

Malam itu, Aunty Ju berkunjung ke rumah diatas urusannya bersama mama. Mereka berdua saling berbual berkongsi cerita yang entah bila penghabisannya. Aku hanya duduk di meja di ruang makan sambil mentelaah buku ilmiah. Sedang asyik mengulangkaji pelajaran, aku mencuri-curi dengar perbualan mereka tentang anak tunggal Puan Julia itu.

"Bagaimana keadaan anak Puan Julia sekarang?" tanya mama kepada Aunty Ju.

"Elok-elok sahaja Puan Maimun, saya difahamkan oleh doktor bahawa dia kini menjalani terapi untuk proses berjalan semula," balas Aunty Ju pula kepada mama.

"Saya sekeluarga berdoa ke hadrat Ilahi supaya anak awak cepat sembuh," ucap mama kepadanya. Mereka berdua bersalaman sebelum Puan Julia meminta diri untuk pulang. Baguslah begitu jika Shahrul semakin sembuh, aku harap dia sembuh secepat yang mungkin kerana kerinduan aku kepadanya semakin hari semakin kuat.

*~*~*

No comments:

Post a Comment