Thursday 14 August 2014

*Chapter* 1 : Siapa 'Aku' ?

*~*~*


Hidup tak semestinya senang . Ibarat roda , kadangkala kita di bawah , kadangkala kita di atas. Namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluang hidup di bumi Tuhan ini . Dilahirkan sebagai Nur Alia Nasuha bt. Mohd. Salleh , aku gembira berada disamping kedua ibubapaku yang tidak pernah jemu melayan karenah anak dara mereka yang seorang ini . Oleh kerana aku seorang sahaja anak perempuan Puan Maimun , aku dianggap permata olehnya yang lebih mesra kupanggil mama kerana adik beradikku yang lain semuanya sang arjuna . Aku mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. 

Abang yang paling rajin dan ringan tulang , Saiful Bukhari , berusia 23 tahun , seorang usahawan muda yang berjaya . Abang yang kedua , Hafiz Rahimi , berusia 20 tahun , seorang pelajar di Universiti Malaya yang hampir menamatkan pelajaran . Akhir sekali , seorang adik yang agak degil , Danial Syazwan yg baru berumur 13 tahun . Walaupun degil tapi kalau nak bersekongkol dia lah yang terbaik.



*~*~* 

Jam di dinding menunjukkan waktu tepat pukul 12 tengah malam , menandakan masuknya tahun baru . Mercun saling berdentam-dentum silih berganti . Aku pun tak faham mengapa sambutan tahun baru kali ini kurang meriah berbanding sebelumnya . Mungkin perasaan gugupku telah timbul kerana aku adalah salah satu daripada berjuta-juta pelajar di Malaysia ini yang bakal menduduki SPM . Ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya , begitu juga ayah . Aku tidak mahu menghampakan mereka berdua . Aku nekad bahawa tahun ini merupakan tahun untuk aku belajar bersungguh- sungguh . 

Hari ketiga tahun baru , aku sudahpun bersiap-siap untuk ke sekolah . Rasa agak janggal kerana sudah sebulan setengah aku tidak mengenakan pakaian sekolah . Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan . Sambil menjamah sarapan yang telah disediakan oleh mama, aku memulakan bicara.

"Mama , lain kali Alia buat sarapan sendiri ya? Tak perlu lah mama bangun subuh-subuh siapkan sarapan kami." 

"Tak mengapa lah Lia , bukan mama dah selalu sediakan sarapan untuk kamu dari kecil? Mengapa tak perlu pula?" balas mama . 

"Iyalah mama , Danial dan Kak Lia boleh buat sendiri . Kami kan sudah besar , buat menyusahkan mama sahaja," sampuk adikku . Dalam nada tegas namun berunsur keibuan , mama berkata,

"Selagi mama masih ada di dunia ini , selagi itulah mama akan cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mama." Aku dan Danial sedikit terkedu, lantas menyambung semula sarapan yang terhenti sebentar tadi . 

"Alia! Danial! Cepat makan , nanti lewat pula ke sekolah! Papa pun nak ke tempat kerja ni!". Laung papa dari porch kereta . Papa memang seorang yang menepati masa . Walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi , dia sudah amat risau jika terlewat sampai ke pejabat . Jawatan papa di sana bukan lah kerani biasa , tetapi pengurus syarikat! Lagipun, tempat kerja papa tidaklah terlalu jauh dari rumah. Jadi, tidaklah risau mana jika papa terlewat . Mungkin pekerja-pekerja papa lebih suka jika papa lambat tiba. Mungkin juga kerana sifat papa yang sebegitu hubungan mama dan papa amat erat dari hari ke hari . Aku bersalam dengan mama di rumah dan papa ketika turun dari kenderaan. 

Setibanya di sekolah , aku berpisah dengan Danial kerana dia berada di tingkatan satu dan juga pelajar lelaki. Hal ini lah yang aku paling tidak suka apabila sesi persekolahan untuk tahun baru bermula . Aku menjadi tidak tentu arah mencari kelas 5 Perdagangan 1 yang menjadi kelas aku untuk tahun ini . Dalam kekalutan yang melanda diriku itu , aku terlanggar seseorang sehingga aku jatuh terduduk dan suasana menjadi senyap seketika . Ramai yang memerhatikan aku sehingga aku menjadi merah padam .

"Awak okay?"

Satu suara kedengaran sambil tangannya dihulurkan kepadaku . Aku tidak menyambut dan bangun dengan sendiri . Dalam benak fikiranku hendak sahaja aku marahkan siapa yang melanggarku tadi sehinggalah aku memandang wajahnya. Rupa-rupanya orang yang melanggarku itu adalah seorang murid lelaki. Mungkin seorang murid yang baru sahaja berpindah namun dek kerana wajahnya yang asing itu, aku mengubah fikiran dan aku terkedu seketika .

 "Awak?" Pertanyaannya membuat aku serba salah kerana memandangnya dengan wajah yang agak bengis tadi . 

"Oh , tidak ada apa-apa lah! Saya okay sahaja! Awak bagaimana?" Dengan tiba-tiba lidah ini bertanya.

"Awak tak perlu risau tentang saya . Saya Shahrul, dan awak?" tanya pelajar itu dalam nada yang agak tenang dari sebelumnya . Belum sempat aku menjawab pertanyaan dia , Mei Ling dan Sunita tiba-tiba menerpa ke arahku ibarat orang yang sudah tidak berjumpa seribu tahun! 

"Alia! Sampai hati awak tak menelefon saya semasa cuti!" ujar Mei Ling . Aku yang baru tersedar dari lamunan pelik sebentar tadi terus menjawab, "Kita bersembang di dalam kelas nanti sahajalah Mei Ling, sekarang dimana barisan kita?" balasku cuba mengalihkan perhatian . Aku, Mei Ling dan Sunita terus beredar dari 'tempat kejadian' itu dan masuk ke dalam barisan kelas .

*~*~*


No comments:

Post a Comment