Thursday 14 August 2014

*Chapter* 6 : Kembali Pulih

*~*~*

Hampir 15 minit kami berpusing-pusing di taman perumahan Taman Makmur yang terletak di atas bukit itu , akhirnya kami bertemu juga dengan rumah milik Aunty Ju dan suaminya , Encik Rahman . Rumahnya terletak di hujung , jadi lamannya luas , sungguh luas sehingga boleh menempatkan tiga buah kereta pada satu-satu masa . Aunty Ju juga mempunyai kolam ikan yang besar , dimana airnya jernih dan sentiasa terjaga . Aku suka melihat ikan-ikan di dalam kolam itu berenang kesana kemari seperti mencari makan . Aku membontoti langkah mama dan papa bersalam-salaman dengan Aunty Ju dan suaminya sebelum masuk ke dalam rumah mereka . 

"Apa khabar kamu sekarang? sihat?" tanya Encik Rahman kepada papa . 

"Saya sihat-sihat sahaja . Kamu pula?" balas papa kepada Encik Rahman .

"Saya juga sihat-sihat sahaja . Dah besar anak kamu berdua ya , " kata Encik Rahman sambil tersenyum memandangku . Aku membalas senyumannya lalu diajak ke meja makan . Aku berasa bernasib baik kerana tidak melihat kelibat Shahrul di dalam rumahnya sendiri , mungkin dia sudah keluar ke mana-mana , atau dia mempunyai urusan lain . Aku tidak mahu bertembung dengannya . Tak lama kemudian , hidangan disajikan . Aku hanya mengambil sedikit sahaja kerana tidak terlalu lapar . 

Setelah selesai menjamu selera , aku meminta izin untuk melihat ikan di dalam kolam di laman rumah Encik Rahman . Sebagai anak , aku tidak mahu menganggu papa dan mama berbual dengan kenalan masing-masing . Aku lebih suka untuk melakukan hal sendiri . Aku berjalan-jalan di sekitar taman itu untuk menghilangkan rasa bosan . Lampu-lampu yang ada di sekitar laman itu sudah cukup terang untuk menampakkan keluasannya . Sedang asyik aku melihat ikan-ikan berenang di dalam air itu , kedengaran satu suara dari arah belakang .

"Dah lama sampai?" tegur Shahrul kepadaku .

Aku agak terkejut serta kehairanan melihat reaksinya seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua . Senyuman yang pernah dilemparkan sebelum ini terukir semula di bibirnya . Aku berasa agak lega kerana dia  sudah kembali pulih seperti sediakala . Aku hanya mengangguk tetapi tidak memandang , ini kerana aku masih malu akan perkataan yang disebut oleh diriku sendiri sebelum ini .

"Awak , saya nak minta maaf tentang tadi," kataku sepatah demi sepatah . Aku mahu dia faham .

"Awak ini lurus betul lah , saya hanya berpura-pura sahaja tadi." balasnya sambil ketawa . Aku terkedu seketika sebelum aku mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu .

"Sebenarnya saya yang patut minta maaf pada awak , sebab saya sudah membuat awak sakit hati , sudi awak maafkan saya?" tambahnya lagi . Aku berasa serba salah pula kerana menyebabkan dia meminta maaf padaku , namun aku juga berasa lega kerana dia tahu aku tidak suka akan perbuatannya itu .

"Tak mengapa lah awak , saya tak kisah pun , lagipun benda dah jadi." balasku sambil tersenyum . Aku gembira apabila kami berdua sudah bersahabat semula , walaupun hati kecilku ini mahukan lebih dari itu .

"Satu lagi , awak tak perlu lah ambil hati tentang Suraya , dia memang bersifat begitu sejak dahulu lagi." kata Shahrul . Aku hanya mengangguk faham . Setelah beberapa minit , mama dan papa muncul di pintu hadapan rumah Encik Rahman . Mereka mengucapkan terima kasih di atas jemputan itu sambil bersalam-salaman , begitu juga aku . Aku sempat memandang Shahrul , ternyata senyumannya yang memukau itu tidak pernah lekang . Papa menghidupkan enjin kereta dan kami semua pulang ke rumah .



*~*~*

Perperiksaan Pertengahan Tahun hampir tiba , aku sedang sibuk mempersiapkan diri dengan mengulangkaji pelajaran . Buku-buku rujukan yang dibeli oleh papa akan aku manfaatkan sebaik mungkin , begitu juga dengan nota-nota dan latihan yang diberi oleh guru . Jika mempunyai masa terluang , aku dan Shahrul akan berkunjung ke perpustakaan awam yang berada berdekatan . Tujuan aku adalah untuk mengulangkaji pelajaran , tidak lebih dari itu . Kebetulan pada hari itu Sunita dan Mei Ling tidak dapat hadir bersama kerana mereka ada kelas tambahan , jadi hanya aku dan Shahrul sahaja yang berada di situ . 

"Apa maksud awak dengan jangan buat awak cemburu?" tanya Shahrul yang memulakan bicara sambil membelek-belek buku di rak yang tersusun rapi , sekaligus membuat aku terdiam . Aku tidak menjawab sebaliknya hanya melangkah ke meja yang kosong . Akhirnya aku memberitahu kerana wajahnya yang meminta jawapan dariku itu membuatkan aku mengalah.

"Iyalah , Suraya itu kan pandai , lagipun dia seorang yang cantik , pasti ramai yang terpikat ," balasku dengan selamba . Aku sedang sibuk mentelaah buku-buku , jadi tiada masa untuk memikirkan soal cemburu ketika ini . Shahrul hanya memandangku sambil tersenyum lalu berkata ,

"Bukan kerana awak cemburu ketika saya bercakap dengannya?" tanya Shahrul yang seperti tahu bahawa aku menipunya . Aku hanya mendiamkan diri sambil membuat latihan di dalam buku praktis milikku . Setelah selesai , aku dan Shahrul bercadang untuk bersiar-siar di taman . Shahrul banyak berkongsi tentang dirinya , begitu juga aku . Ketika hampir senja , aku pulang ke rumah hanya untuk mendapati bahawa mama , papa dan Danial sudah keluar meninggalkan aku . Nasib sahaja Mak Jah ada di rumah , jikalau tidak aku pasti tidak dapat masuk ke dalam rumah . 

"Mak Jah , hari ni Mak Jah tak perlu lah masak untuk Lia , Lia pun nak cuba masak sendiri , hari ni Mak Jah cuma berehat sahaja , biar kita bertukar tempat." kataku kepada Mak Jah sambil ketawa kecil . Bukan apa , umur Mak Jah sudah menjangkau usia 50 tahun , jadi aku tidak mahu Mak Jah untuk melakukan kerja-kerja berat . Biarlah sekali-sekala Mak Jah hidup seperti orang-orang tua yang lain , yang perlukan rehat secukupnya . Mak Jah hanya tersenyum kepadaku tanda mengucapkan terima kasih . Oleh kerana aku dan Mak Jah sahaja yang berada di rumah , aku hanya membuat nasi goreng sebagai hidangan . 

Selepas makan , aku naik ke bilik untuk membaca buku . Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perperiksaan bermula . Aku berniat untuk mencuba yang terbaik pada perperiksaan kali ini , kerana hanya tinggal satu lagi percubaan sahaja , iaitu Perperiksaan Percubaan SPM dan kemudiannya , perperiksaan SPM yang sebenar . Aku tahu , papa mesti mahukan yang terbaik untuk aku , begitu juga mama . Aku tidak mahu mengecewakan mereka kerana aku seorang sahaja anak perempuan mereka . 

*~*~*



No comments:

Post a Comment