Thursday 14 August 2014

*Chapter* 14 : Trial!

*~*~*

Walaupun musim raya belum tamat, namun sesi persekolahan harus diteruskan. Aku, Sunita dan Mei Ling berkongsi cerita mengenak pengalaman masing-masing di kampung halaman.

"Ketika saya di kampung, saya sekeluarga berkunjung ke rumah jiran nenek saya. Ternyata masakan orang Melayu memang sedap." Kata Sunita mengenai pengalamannya di kampung.

"Saya pula, ketika di kampung, saya sekeluarga berkunjung ke rumah kawan papa saya. Ada di antara mereka yang memberikan duit raya kepada saya." Kata Mei Ling yang membuatkan Sunita cemburu.

"Ini tidak adil," kata Sunita memasamkan muka membuatkan kami tertawa.

"Apa kurangnya masakan kaum India dan Cina, Sunita. Tak mengapalah, nanti raya di rumah saya mungkin awak akan mendapat duit raya, " kataku kepada Sunita untuk memujuknya. Sunita hanya tersenyum. Kemudian, Puan Haliza masuk ke kelas untuk mengajar.

Selepas waktu persekolahan, seperti biasa aku akan berkunjung ke perpustakaan awam di bandar untuk mengulangkaji pelajaran serta memulangkan buku yang telah dipinjam tempoh lalu. Hari ini, Sunita dan Mei Ling mempunyai kelas tuisyen. Jadi, mereka berdua pulang awal meninggalkan aku dengan Shahrul.

"Awak, cuba fokus sedikit pada buku itu," tegur Shahrul kepadaku lantas menyebabkan aku tersedar. Rupanya aku lebih banyak membuang masa menghadap telefon bimbit berbanding buku.

"Maafkan saya ya awak," kataku dalam nada endah tak endah. Shahrul tiba-tiba sahaja memandangku dengan wajah yang serius.

"Awak datang sini, untuk belajar atau apa?" Lantas tangannya mencapai telefon bimbitku. Dia cuma tergelak ketika aku ingin menggapai telefon itu semula dari tangannya.

"Selepas tamat ulangkaji, baru saya pulangkan semula." Dia kemudiannya memasukkan telefon bimbitku di dalam poket sweater hijaunya itu. Aku hanya memuncungkan mulut dan cuba untuk belajar tanpa memegang telefon bimbit.

"Nampak comel awak buat mcm itu," katanya yang membuat aku tersentak.
Mukaku berubah menjadi merah padam ketika di hanya mampu tergelak. Aku yang tidak dapat menahan malu memukul dan mencubit Shahrul. Sudah memang sifat semulajadi aku untuk cepat terasa malu apabila diusik. Mengapa dia berkata sedemikian? Apakah yang dikatakan Sunita dahulu ada benarnya? Aku tidak berani untuk bertanya kepadanya walaupun hati kecilku ini mahukan jawapan untuknya.

*~*~*

Akhirnya Perperiksaan Percubaan SPM kini tiba, aku hanya mampu berdoa yang terbaik setelah membuat ulangkaji yang ku anggap mencukupi. Aku mulakan perperiksaan ini dengan ungkapan 'Bismillah'.

"Hello, Shahrul!" kedengaran suara seseorang yang sudah lama tidak aku dengar di pintu kelas itu. Dia memang popular di sekolah kerana kecerdikkan serta kecantikkannya itu.

"Shahrul tidak ada, dia mungkin pergi ke kantin." balasku kepada Suraya dengan niat untuk berdamai.

"Oh iyakah? Sejak bila awak jadi bodyguard dia? Ops, bukan eh?" Ternyata di tidak pernah berubah. Kata-katanya yang pedas itu memang menyakitkan hati, namun aku tidak mahu ia mengusutkan fikiranku. Tak lama kemudian, Shahrul muncul di muka pintu kelasku.

"Hi Shahrul! Seronok beraya? Dah lama kita tak berbual kan? Raya haritu pun kita tak jumpa sebab family I pergi ke London atas urusan kerja," katanya kepada Shahrul. Secara tiba-tiba, perasaan cemburu yang tidak patut ada pada diri aku ini muncul semula. Aku mula memikirkan bahawa apa yang dikatakan Sunita itu hanyalah kata semata-mata.

"Alia, malam ini rumah awak ada buat majlis makan-makan kan?" tegur Shahrul di perhentian bas.

"Oh iya, saya ada jemput beberapa orang. Datanglah dengan family awak," balasku selamba. Mama kemudiannya muncul lalu aku masuk ke dalam kereta pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, aku mencapai telefon bimbitku di atas meja lampu di bilik untuk menghantar menjemput Sunita dan Mei Ling serta beberapa orang kawan lain yang tidak sempat ku jemput di sekolah sebentar tadi.

Selepas menyalin pakaian sekolah, aku turun ke tingkat bawah untuk membantu mama, Mak Jah, Danial dan papa untuk majlis pada malam ini. Semestinya majlis akan berlangsung secara besar-besaran kerana papa mengajak rakan sejawatnya serta ahli keluarga sebelah mama.

Setelah segala persiapan lengkap, akhirnya majlis pun bermula. Semakin lama semakin ramai orang yang tiba di rumahku. Selang beberapa minit, keluarga pakcik Kamal muncul. Aku menyambut mereka masuk ke rumah. Tak lama kemudian, Mei Ling dan Sunita pun tiba.

"Alia, siapakah gerangan lelaki berbaju biru itu? " tanya Mei Ling sambil memuncungkan mulutnya ke arah Nazmi yang sedang meneguk air.

"Oh dia, itu Nazmi, sepupu saya. Mengapa cara awak berdua tanya, seperti ada sesuatu. Bak kata orang, ada udang di sebalik batu." Kataku cuba mencungkil perkara sebenar daripada mereka.

"Tak ada apalah, kami bertanya saja, bukan apa pun. Lagipun Mei Ling kan sudah ada Wei Hong." Kata Sunita membocorkan rahsia.

"Oh ada crush, tak berkongsi cerita ya," balasku dengan nada seakan merajuk. Walaupun aku tahu ianya cuma usikan, Mei Ling cuba untuk memujukku. Aku kemudiannya mempelawa mereka serta kawan-kawan yang lain untuk menjamu selera.

*~*~*

Kemudian, aku terdengar papa menjawab salam yang dilaungkan oleh seseorang yang amatku kenali. Aku bersalaman dengan Aunty Ju, ibu kepada Shahrul. "Aunty, Shahrul mana?" tanyaku kepada Aunty Ju.

"Dia ada di luar pagar, katanya ingin mengambil angin sebentar," balas Aunty Ju dengan nada mesra. Aku kemudian membenarkan dia masuk ke dalam rumah bersama mama. Aku perasan bahawa Nazmi sedar akan kehadiran Shahrul lalu dia berjalan ke arah pagar rumah. Sambil melayan tetamu, aku mencuri-curi dengar perbualan mereka.

"Hoi budak, kau ni kawan Alia kan?"

"Ya, kenapa kalau saya kawan Alia?"

"Aku nak cakap sikit, tolong jangan rapat sangat dengan dia, sebab kau takkan dapat dia,"

"Dan kalau aku tak mahu?"

Aku pergi ke luar pagar hanya untuk melihat Nazmi sudahpun menggenggam sebiji penumbuk, menanti untuk dilepaskan.

"Apa yang tengah terjadi ini?" kataku mematikan perbualan mereka. Aku hairan akan kata-kata Nazmi yang mengaitkan aku sebentar tadi. Apa yang dimaksudkan olehnya? Shahrul memerhatikan sahaja aku yang berada di situ dengan pandangan yang tajam manakala Nazmi memandang ke arah lain.

"Apa kata awak Shahrul, dan Nazmi masuk ke dalam rumah dahulu?" Kataku ringkas. Mereka berdua kemudiannya masuk ke perkarangan rumah, membuat hal masing-masing.
Setelah selesai upacara majlis, akhirnya semua tetamu bersurai. Aku yang kepenatan terus masuk ke bilik, merebahkan diri di atas katil untuk merehatkan diri. Aku berniat untuk membantu apa yang patut pada keesokan harinya. Namun, aku masih hairan mengapa mereka berdua bersifat sebegitu rupa. Padaku, ianya sungguh aneh.

*~*~*

No comments:

Post a Comment