Thursday 14 August 2014

*Chapter* 8 : Cuti

*~*~*

Baru sahaja beberapa hari bercuti , aku sudah mula berasa bosan . Cuti sepanjang dua minggu ini akan menjadi sia-sia jika aku tidak melakukan sesuatu yang berfaedah . Aku mahu bersiar-siar , tidak kisah lah di mana sekalipun asalkan aku dapat meluangkan masa bersama keluarga , termasuk Mak Jah . Setelah beberapa jam aku menonton filem di televisyen , aku teringat akan novel milik Mei Ling yang aku pinjam sebelum cuti . Aku bercadang untuk mula membacanya pada malam ini .

Seketika kemudian , kedengaran bunyi pagar rumahku terbuka dan sebuah kereta meluncur masuk ke dalam porch . Kelihatan seorang wanita keluar dari kenderaan itu . Aku membuka pintu untuk membenarkan dia masuk . Puan Maimun yang lebih mesra kupanggil mama duduk di atas sofa , kepenatan . Aku mengambil segelas air untuknya lalu duduk di sofa bertentangan . Siaran yang sama berulang-ulang menambahkan lagi kebosanan pada hari itu . Aku mengambil alat kawalan di atas meja lalu menekan butang-butang diatasnya untuk menukar siaran .

Tiba-tiba , telefon bimbit mama berbunyi . Aku hanya melihat mama mengeluarkannya dari beg tangan berwarna hitam miliknya itu . Kemudian , mama tersenyum membaca sesuatu yang pasti menggembirakannya . Aku yang kehairanan cuba bertanya apa yang telah mencuit hati mama itu .

"Abang Hafiz hendak datang ke rumah , katanya ada orang istimewa." ujar mama . Aku tersenyum selepas mendapat tahu berita itu . Ternyata abang Hafiz barangkali bakal membawa seorang gadis ke rumah kami . Aku tidak sabar untuk bertemu dengan 'teman wanita' abang keduaku itu . Mungkin dia seorang yang comel , atau pandai seperti abang .

Malam itu , aku berbaring di atas katil dengan lampu terbuka . Novel yang ku pinjam itu ku selak satu-persatu sambil membaca isi kandungannya dengan penuh khusyuk . Novel ini berkisar tentang dua orang insan yang ingin meluahkan perasaannya terhadap satu sama lain . Alangkah bagus jika kisah hidupku juga sama seperti ini . Mencintai dan juga dicintai . Setengah jam kemudian , aku sudah mula menguap . Mataku juga sudah hampir layu . Aku meletakkan novel itu di dalam laci meja lampu bersebelahan dengan katilku lalu baring di atas katil . Aku memperbetulkan kedudukan agar lebih selesa dan menutup lampu . Malam ini merupakan malam yang indah untuk aku .


*~*~*

Pada keesokan harinya , aku bangun untuk menunaikan solat Subuh . Kerana hari ini hari cuti , aku bercadang untuk sambung tidur semula . Namun mama tidak membenarkan kerana katanya aku harus menolongnya memasak di dapur . Mak Jah juga turut membantu dengan mengemas beberapa bahagian rumah yang agak bersepah . 

"Papa harus ke ofis hari ini , kerana papa ada hal yang perlu diuruskan . Jika sempat papa akan pulang awal." kata Encik Mohd. Salleh kepada anak-anaknya . Kami bersalaman dengan papa sebelum melihat kereta Honda Civic miliknya itu hilang dari pandangan . Kemudian , kedengaran suara mama dari arah belakang .

"Lia , boleh tolong pergi ke kedai? Belikan barang-barang ini ya." arah mama sambil memberikan aku sehelai kertas yang mempunyai senarai barang-barang untuk dibeli serta sehelai wang kertas RM20 . Aku hanya mengangguk kemudian mengambil kunci motor lalu pergi ke kedai seperti yang diarahkan oleh mama . Ketika dalam perjalanan , aku tidak menyangka sungguh akan bertembung dengan Shahrul . Aku menyangka dia sudah pulang ke kampung ataupun pergi bercuti ke mana-mana . Aku hanya memandangnya sekilas lalu meneruskan perjalanan . Sesampainya aku ke kedai yang dimaksudkan , aku melangkah masuk untuk mengambil barang-barang yang tertera di atas kertas sebentar tadi .

"Susu , gula , jeli ." kataku dalam hati . Banyak juga barang yang dipesan oleh mama . Setelah mengambil kesemua barang yang dipesan , aku menuju ke kaunter untuk membuat bayaran . Aduhai! Jumlah harga yang tertera melebihi wang yang ada ditanganku . Apa yang harus aku lakukan ini? Jika ingin pulang semula jaraknya agak jauh , ia juga akan mengambil masa . 

"Tak mengapa , biar saya tambahkan." satu suara tiba-tiba berkata di sebelahku . Orangnya tinggi lampai , memakai sweater berbelang hijau dan hitam dengan seluar jeans berwarna biru tua , iaitu orang yang baru kulihat sebentar tadi . Aku hanya memandangnya dengan wajah yang aneh , lalu ku alihkan pandanganku ke arah barang-barang yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik itu kemudian mengangkatnya . Aku tidak faham , mengapa dia sanggup berbuat sedemikian . 

"Terima kasih lah awak , Tetapi mengapa awak sanggup bayarkan untuk saya?" tanyaku dalam keadaan serba salah . "Nanti saya ganti" tambahku lagi . Aku tidak mahu berhutang dengan sesiapa . 

"Eh tak perlu! Saya ikhlas , anggap saja itu sedekah." jawabnya sambil tersenyum . Aku membalas senyuman kemudian pulang ke rumah . Barang-barang yang dipesan oleh mama aku letakkan di atas meja di dapur . Ibu sedang memotong sayur manakala Mak Jah sedang sibuk membancuh air . Aku turut membantu apa yang patut . 


*~*~*

"Assalamualaikum!" satu laungan salam diberikan . Aku yang sedang sibuk di dapur tidak dapat menjenguk siapa yang memberikan salam itu lalu aku menyuruh Danial membuka pintu kemudian beritahu siapa yang datang . 

"Ni abang Hafiz dengan abang Nazmi!" aku terkejut mendengar nama itu . Adakah orang yang dimaksudkan itu benar-benar Nazmi , iaitu sepupuku yang baru masuk ke Universiti Malaya itu? Mama yang sudah menyiapkan tugasannya pergi ke ruang tamu untuk melayan mereka . Aku yang masih terkial-kial mencuci pinggan di sinki ditegur oleh Mak Jah . 

"Fikir tentang apa tu Lia? Atau makcik perbetulkan soalan , Fikir tentang 'siapa' tu Lia?" tanya Mak Jah sambil melemparkan senyuman kepadaku . Aku mengeluh beberapa kali sebelum dapat menjawab soalan Mak Jah itu .

"Lia tak tahu pula Nazmi nak datang , Lia ingatkan teman wanita abang Hafiz." luahku kepada Mak Jah . Mak Jah mengusap lembut rambutku dengan senyumannya masih terkuntum . Dia seperti tahu akan perasaanku yang gundah-gulana ini . Aku hanya memandangnya sambil membalas senyuman . Aku masih belum menjenguk ke depan walaupun kerjaku sudah lama siap . Kali terakhir aku berjumpa dengan Nazmi ialah ketika dia berada di tingkatan 2 , ketika itu dia agak gempal . 

"Lia! Tolong bawakan mangkuk berisi sup itu ke depan!" arah Mak Jah kepadaku . Lantas aku bangun membawa mangkuk itu ke hadapan seperti diarahkan . Dengan tak semena-mena , aku hampir terlanggar Nazmi yang dalam masa yang sama ingin ke dapur . Aku meminta maaf kepadanya kerana tidak sengaja . Ketika itu kami memandang satu sama lain . Aku terkejut kerana secara fizikalnya dia sudah berubah . Namun hakikatnya itulah yang terjadi kerana sudah lama kami tidak bersua muka . Dia kelihatan lebih tampan dari dahulu . Setelah semuanya siap , mama mengajak mereka untuk makan bersama . 


*~*~*




No comments:

Post a Comment