Thursday 14 August 2014

*Chapter* 4 : Aku dan Dia

*~*~*

Setelah beberapa bulan persekolahan , hubungan aku dan Shahrul semakin baik . Kadangkala aku , Sunita dan Mei Ling banyak meluangkan masa bersama dia di sekolah . Dia juga tidak menunjukkan sifat kekok terhadap kami bertiga  , malah kelihatan gembira pula . Jika Sunita dan Mei Ling tiada bersama aku , Shahrul lah yang menjadi penghibur untuk aku . Sifatnya yang suka mengusikku dan juga sering membuat lawak jenaka itu telah menyebabkan Suraya berasa cemburu terhadapku . 

"Shahrul!" Laung Suraya dari luar kelas dengan nada yang lembut , tetapi lebih kepada gedik .

Ketika itu waktu rehat , jadi guru tiada di dalam kelas . Aku memerhatikan saja langkah Shahrul ketika bertemu dengan 'perempuan gedik' di pintu kelasku itu . Mereka kelihatan amat mesra , lebih mesra berbanding Shahrul dengan pelajar lain . Aku tidak menghiraukan mereka lalu membuka buku pelajaran yang sepatutnya untuk mengulangkaji . Setelah beberapa minit mereka berbual , akhirnya Suraya melambaikan tangan kepada Shahrul . Matanya kelihatan memandangku seperti ingin membuat aku cemburu . 

"Sorry lah awak , yang tadi itu Suraya , sepupu saya.." kata Shahrul sebaik sahaja dia duduk di hadapanku.
Aku agak terkejut kerana aku baru mengetahui perkara itu  .

"Oh begitu rupanya , patut lah kelihatan mesra tadi." balasku sambil tersenyum . Sedang asyik berbual , Sunita dan Mei Ling mencelah ,

"Amboi seronoknya bercerita , tak ajak kami pun!" tegur Mei Ling .

"Awak ini Mei Ling , mereka kan sedang hangat bercinta , kita janganlah ganggu mereka ." usik Sunita pula . Aku sudah merah padam kerana sungguh segan ketika itu . Sifat pemalu yang secara semulajadi telah berada di dalam diriku itu tidak dalam dinafikan lagi . Shahrul di hadapanku pula kelihatan hanya ketawa ketika diusik , seperti suka akan keadaan itu . Namun aku tidak mahu perkara itu menghanyutkan aku . Aku dengan selamba pula cuba berlagak normal tanpa menghiraukan mereka . Walaupun begitu , aku mendapati bahawa Shahrul tidak lekang dari memandang wajahku. Aku sengaja tidak memandang wajahnya kerana terlampau segan dengan apa yang berlaku sebentar tadi . Selang beberapa minit , Puan Haliza masuk ke kelas untuk mengajar . 

*~*~*


Sesampainya aku di hadapan rumah , kulihat papa sedang duduk membaca surat khabar di atas kerusi besi yang dicat putih di penjuru laman rumah . Di atas meja berlapikkan kaca yang terletak bersebelahan dengan kerusi itu terdapat secawan kopi yang belum diminum . Warnanya yang hitam pekat itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa kopi itu kepunyaan papa . Aku bersalam dengan papa sebelum menyatakan hasrat untuk membuat ulangkaji di rumah Sunita . Papa hanya mengangguk sebagai tanda membenarkan sambil matanya tidak lekang dari membaca isi kandungan suratkhabar itu . 

Setelah beberapa minit bersiap , aku kemudian turun ke tingkat bawah sambil memerhatikan Mak Jah yang sentiasa sibuk di dapur menyiapkan sesuatu untuk dijamah . Di bawah tudung saji itu terdapat beberapa ketul kuih karipap yang sudah siap digoreng . Aku mengambil satu sebagai alas perut kerana kesuntukan masa . Aku bersalam dengan mama dan papa sebelum meninggalkan rumah . Setibanya di rumah Sunita , aku berasa seram sejuk secara tiba-tiba selepas ternampak satu kelibat seseorang disamping Sunita dan Mei Ling yang sedang duduk di satu sudut di ruang tamunya itu . Senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya yang tampak kemerahan itu membuatkan aku segan silu . 

"So kita nak study apa dulu ni?" tanyaku yang cuba untuk mengalihkan tumpuan .

"Eh lupa lah saya nak kena hidangkan air untuk tetamu!" ujar Sunita lantas menarik tangan Mei Ling ke dapur . Aku dan Shahrul hanya melihat gelagat mereka berdua kemudian memandang ke arah Shahrul yang telahpun membuka buku modul matematik . Aku tidak menghiraukannya kemudian mengeluarkan modul subjek yang sama . Selang beberapa ketika , Sunita dan Mei Ling akhirnya keluar dari dapur membawa beberapa gelas dan satu jag air oren , air yang menjadi kegemaranku sejak kecil . 

"Alia , bukan kita dah rancang untuk belajar subjek Sejarah terlebih dahulu ke?" tanya Mei Ling kehairanan melihat aku membuat latihan di dalam modul matematik .

"Saya ikut apa yang Shahrul buat sahaja." balasku secara spontan tanpa menunjukkan apa-apa reaksi .

"Oh , nak ikut Shahrul sahaja." sampuk Sunita sambil kedua-dua mereka ketawa bagai disampuk hantu . Shahrul pula memandangku dengan senyumannya yang tidak pernah pudar . Aku yang sudah mula gelabah tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menyambung semula latihan yang sedikit terganggu disebabkan oleh mereka berdua . Tak lama kemudian , telefon bimbit kepunyaanku berdering .

"Hello , kenal tak siapa ni?" Kedengaran suara lelaki yang amat ku kenali . Aku yang menjadi amat teruja ketika itu tidak langsung menghiraukan keadaan sekeliling . Seseorang yang telah lama tidakku jumpa telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya , tempat dimana abang Hafiz belajar . Selepas beberapa minit berbual , aku akhirnya meletakkan talian . Sunita dan Mei Ling yang dari tadi asyik memerhatikan aku kemudiannya bertanya kepadaku pelbagai soalan mengalahkan pemberita . Sedang asyik bercerita , aku lihat Shahrul bangun dari tempat duduknya , dia langsung tidak memandangku . Dia mengucapkan terima kasih kepada Sunita diatas layanannya sebentar tadi dan kemudiannya keluar atas alasan ada hal yang mustahak . Aku perhatikan sahaja gerak-gerinya dari menghidupkan motor EX5 miliknya hinggalah dia lesap dari pandangan . Dengan penuh kehairanan aku bertanya kepada Mei Ling dan Sunita jika aku ada salah atau silap terhadapnya . 

" Mungkin dia cemburu sebab awak berbual dengan lelaki lain tadi." jawab Sunita sambil mengemaskan alat tulis dan barang miliknya . Cemburu? Mengapa perlu cemburu? Soalan yang sebelum ini belum dapat terungkai , ini ditambah pula dengan soalan-soalan yang membuatkan fikiran aku bertambah kusut . 

" Awak tanya sajalah dia , mungkin ada sesuatu yang awak perlu tahu pada dia." kata Mei Ling pula. Kami mengucapkan terima kasih diatas layanan Sunita sebelum aku dan Mei Ling pulang ke rumah masing-masing .

Malam itu semalaman aku tidak dapat melelapkan mata . Jam berwarna merah jambu yang bercahaya di dalam gelap itu sudahpun menunjukkan pukul 11.30 malam . Mengapa dia berubah sikap selepas aku menjawab panggilan itu? Apakah betul apa yang Sunita katakan? Soalan-soalan ini tidak pernah lekang dari ingatanku . Aku akhirnya mengambil keputusan untuk bertanya terus kepada Shahrul untuk mendapatkan jawapannya . 


*~*~*

No comments:

Post a Comment